Sebuah syarikat Bumiputera Muslim berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001991850-T. Merupakan syarikat pengiklanan dan percetakan yang mempunyai pengkhususan di dalam penyebaran maklumat para pelanggannya. Selari dengan nama syarikat, MUAMALAH ADS sebenarnya adalah produk pengiklanan dalam bentuk direktori bulanan yang diedarkan secara percuma.

VISI & MISI

VISI
Menjadi sebuah hub atau direktori pengiklanan yang mampu menghimpunkan sebanyak mungkin perniagaan Muslim dan Bumiputera tanpa mengira skala perniagaan yang diceburi di bawah satu bumbung jaringan pengiklanan. Ia juga berperanan selaku ejen dakwah kepada masjid dan surau yang berdaftar untuk mengimarahkan atau memperkenal program-program yang sedang dan akan dijayakan. Malah, terdapat isu dan komentar akademik untuk muhasabah di dalam hubungan perniagaan dan masyarakat.
MISI
1.   Mewujudkan direktori perniagaan Muslim dan Bumiputera dengan mengambil kira kemaslahatan umum dan status majoriti pekerja syarikat yang diiklankan.
2.   Menawarkan harga iklan yang berpatutan malah boleh dianggap yang termurah bagi pasaran Lembah Klang dan Selangor dengan kapasiti percetakan dan edaran.
3.   Membantu para peniaga tanpa mengira status kewangan dan taraf syarikat malah industri kecil dan sederhana (IKS) dan kecil-kecilan serta orang perseorangan yang ingin mengiklankan pelbagai jenis perniagaan turut dipelawa selagi ia bertepatan dengan Syarak.
4.   Menjadikan masjid-masjid yang berdaftar sebagai pusat edaran dan ejen pengiklanan. Ini bertujuan menjadikan rumah ibadat tersebut berdaya saing ke arah imarah rumah Allah seterusnya menarik penglibatan masyarakat untuk berdamping dengannya.
5.   Masjid-masjid dan surau turut mampu menjana pendapatan dengan konsep ejen berdaftar selain mempunyai ruangan tetap untuk memperkenal program-program anjurannya secara percuma.
6.   Kolum tetap dan percuma untuk para ahli akademik dan pakar pengurusan perniagaan Islam melontarkan isu, pendapat dan kajian ilmiah yang berkaitan perniagaan Islam sebagai dakwah dan muhasabah.